pak ali dan budi

pak ali dan budi

Wednesday, November 6, 2013

BUDI kena CURI

Hari ni abelee nak kongsi cerita pasal kehilangan sumber inspirasi iaitu BUDI . Buat pengetahuan korang..BUDI ni bukanlah spesis manusia biasa tetapi adalah seekor Beruk yang abelee beli ketika ianya masih lagi kecil..kira2 umur 6 bulan gitu. KISAH PAK ALI DAN BUDI tercetus setelah abelee duk perati gelagat sambil bermain2 ngan BUDI ..Pada awalnya Beruk ni abelee namakan BOBOI..tapi ditukar setelah terfikirkan untuk menghasilkan watak animasi beruk pintar..al maklumlah, kalau nak dinamakan PAK ALI DAN BOBOI nanti kena saman lak..lagipun jenama BOBOI ni dah pun famous..jadi untuk menyelamatkan keadaan terutama kepada bot2 kecil seperti abelee maka secara rasminya ditukarkan nama beruk daripada BOBOI kepada BUDI..lalu terhasillah animasi PAK ALI DAN BUDI.

Tapi malangnya..pada hari jumaat minggu lalu...setelah kembali dari berkelah di Pantai Senok bersama keluarga...BUDI telah hilang..yang tinggal hanyalah ranai lehernya yang kekal sebagai bahan sejarah sehingga hari ini....sob sob sob...sedih dan rasa kehilangan yang amat sangat.

Pada mulanya Abelee tak lah nak tuduh buatan orang a.k.a hasil kerjatangan jahat atau dicuri..tapi setelah beberapa perkara dan pedoman diambilkira..maka Abelee benar2 yakin bahawa BUDI bukan terlepas lari tetapi telah dicuri. Pedoman2 tersebut adalah kalau mengikut kebiasaan, BUDI telah beberapa kali terlepas tetapi tidak pernah pergi jauh..ia hanya berada disekitar rumah mencari makanan yang berada disekeliling rumah sahaja..mungkin kerana ia dibesarkan oleh tangan manusia,maka ia tidak berapa yakin untuk terus lari dan hidup sendiri dipokok2 dihutan2 berdekatan.


Bukti kedua dan seterusnya akan dipaparkan nanti... ( bersambung.. )

No comments:

Post a Comment