pak ali dan budi

pak ali dan budi

Friday, December 2, 2022

MENTAL PELUKIS MESTI KUAT

 


MENTAL PELUKIS MESTI KUAT

Kebanyakkan pelukis tidak dapat melangkah lebih jauh dalam mengharungi dunia seni lukis yang penuh cabaran dan rintangan.Salah satu faktornya adalah kerana pelukis pada awalnya dibesarkan dengan kata-kata pujian ketika mereka mula melukis.Perkataan pandai, lawa,dan segala bentuk pujian tertanam dalam minda dan diri sehingga menimbulkan rasa kelebihan diri lebih besar berbanding orang lain yang tak pandai melukis. Tapi setelah semakin lama mereka bergiat dalam melukis dan ketika mereka mula berada dalam kelompok pelukis pelukis yang jauh lebih hebat dari dirinya, maka kata-kata pujian itu semakin hilang dan di ganti dengan komen-komen yang mampu meruntuhkan semangat yang akhirnya memupuk satu perasaan rasa rendah diri dan putus asa. Kesannya, pelukis itu mula merasa tekanan,bosan dan akhirnya tidak lagi meneruskan  usaha untuk memajukan diri dalam dunia seni lukis.

Friday, September 26, 2014

EPISOD KELAPA VS KEPALA

SELAMAT MENONTON EPISOD KELAPA VS KEPALA .. khas untuk anda ..


Sekiranya anda ingin terus mengikuti siri Pak Ali dimasa hadapan .. kliklah butan LIKE sebagai tanda sokongan pada video tersebut . InsyaAllah abelee akan terus berkarya untuk sajian anda sekeluarga .

IMPIAN PENGKALAN KUBUR LEBUR

Hari ni Pak Ali nak kongsi sikit pasal cerita politik di Pengkalan kubur . Bukannya niat Pak Ali nak memecah belahkan sesama kita cuma sekadar nak kongsi pendapat bukan nak kongsi pendapatan . 

BARISAN NASIONAL (BN) telah berjaya mengekalkan kerusi Dewan undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor apabila calonnya Mat Razi Mat Ail menang bergaya dengan majoriti 2635 undi pada pilihanraya kecil (PRK) menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Izad Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS) .

Begitulah adat pertandingan .. yang menang akan bersorak keriangan dan yang tewas akan memendam rasa dan merana .. cuma kata kunci paling baik untuk yang gagal ialah terus bangkit semula .. terus berjuang dimasa depan tanpa rasa putus asa .. maklumlah.. setiap benda yang ada disekeliling kita mempunyai kata pasangannya .. contoh.. baik dengan buruk .. kalah dengan menang.. bahagia dengan derita .. seterusnya banyak lagi sehingga tak tertulis kat sini. Kalau nak tulis kesemuanya maka blog PAK ALI akan bertukar jadi KAMUS DEWAN . Jadi kalau pasangan kata ini tidak wujud maka dunia ini akan jadi tunggang terbalik .." Lu Pikirlaa sendiri .".kata Nabil.

Jadi kepada yang telah meraih kemenangan, Pak Ali ucapkan Tahniah dan kepada yang telah Tewas .. mungkin nasib tidak menyebelahi kita .. InsyaAllah..terus cuba dan mencuba..lakukan yang terbaik.. InsyaAllah kejayaan tetap juga akan jadi milik kita.


Friday, August 22, 2014

HANTU REMPIT

Abelee baru saja upload sebuah siri animasi pendek kisah PAK ALI DAN BUDI dalam episod HANTU REMPIT. So.. u all bolehlah tonton dulu buat ubat rindu .. al maklumlah..dah lama jugak Abelee tak uploadkan siri baru PAK ALI dan BUDI. Semuga u all terhibur.. kalau tak terhibur.. tutup je lar ..kikikikki.. jangan dipaksa diri .. nanti lain pulak yang jadi.

InsyaAllah.. dilain kesempatan , abelee akan tambah2kan episod lain pulak .Kalau yang rasa nak share video abelee nih, maka abelee izinkan dengan hati dan tangan terbuka.. So.. selamat berhibur and jumpa lagii !!

TERIMA KASIH ..