pak ali dan budi

pak ali dan budi

Wednesday, October 30, 2013

KENALI WATAK WATAK DALAM SIRI PAK ALI DAN BUDI

PAK ALI

Seorang lelaki yang hidup sederhana..hidup sebatang kara bertemankan seekor beruk kesayangan bernama BUDI . Pekerjaan utama beliau adalah mengambil upah memetik buah kelapa disamping melakukan kerja2 kampung dan menternak. 

BUDI


BUDI adalah beruk peliharaan PAK ALI sejak kecil lagi. BUDI sangat nakal dan rajin bekerja. BUDI merupakan penawar hidup PAK ALI.

JUSOH


JUSOH  merupakan sahabat karib PAK ALI .. Seorang yang kelakar tapi sedikit jimat dalam setiap perbelanjaan harian @ kedekut .. Namun tidak lokek untuk membantu dan memberi jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang dihadapi PAK ALI.

Hobi JUSOH diwaktu lapang ialah bermain kereta kontrol , barang antik, menternak ayam dan lembu.JUSOH masih bujang walaupun umurnya sudah termasuk kategori Bujang terlajak..Hidup seorang diri disebuah banglo peninggalan arwah bapanya.

JUSOH tidak punya adik beradik kerana beliau adalah seorang anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Arwah bapanya telah meninggalkan banyak  harta pusaka yang membolehkan JUSOH hidup senang lenang walaupun tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap.

MEK LIMOH JONGEY

Bekas isteri JUSOH .. 3 tahun bersama JUSOH tapi tidak mendapat cahaya mata a.k.a mandul. Seorang wanita yang mata duitan walaupun mempunyai kelebihan GIGI gigitan.

ABANG POLIS


Ini pula Abang Polis berbangsa India bagi memajmukkan dan mewarnai siri Pak Ali dan Budi. Setiap kali beliau muncul sambil membawakan mesej2 secara bersahaja dan jenaka untuk renungan kita bersama.

Friday, October 25, 2013

BELANJAWAN NEGARA 2014

Semalam selesailah sudah pembentangan Budget Negara 2014 oleh PM kita (tak yah sebut nama sebab semua rakyat dah tahu..melainkan mereka2 yang dibawah umur dan belum akil baligh ).. Abelee sempat juga lah duk pasang telinga sambil lukis2 kartun PAK ALI DAN BUDI..nak tengok TV, nanti tak siap lak animasi..so..pasang TV and pasang telinga jer...mata tetap duk mengadap komputer.

Bukanlah semuanya tak bagus...banyak jugaklah yang bagus...tapi semua tu abelee tak berapa nak tangkap sangat..sebab bagi Abelee semua KEBAGUSAN dan KEBAIKAN untuk RAKYAT tu dah dikira tanggungjawap pemerintah...sebagai BAPA kepada ANAK2,maka segala kebaikan dan kebagusan hendaklah selalu didahulukan dan disalurkan..bagi menjamin KESEJAHTERAAN.. ( itu pendapatan abelee lar..pendapatan U ALL mungkin lain lak..lagipun otak kita walaupun pada paras rupanya sama..tapi pemikirannya tetap berbeza beza ).

Apa yang paling menarik adalah tentang penghapusan subsidi gula sebanyak 34 sen yang berkuatkuasa hari ini ....AHAAAA !!!!..yang ni PART yang TERBEST telinga abelee TERtangkap...TER membawa makna TAK SENGAJA..hahahah....jangan maros..nanti kena jual kat pasar Wakaf Che Yeh.

Semenjak dua menjak ni , kadar KESENSIVITI diri kepada KENAIKAN harga barangan sudah melebihi PARAS KOLESTROL dalam diri abelee...sebut aje HARGA BARANG NAIK..maka secara AUTOMATICnya walaupun tanpa wireless remote controll , DARAH meruap dalam diri..NAIK ANGIN and side effectnya NAIK MERAPU...habis segala benda abelee gigit sehinggakan batang penyapu abelee sapu ....hahahah....maklumlah, abelee bukannya seorang hartawan..kaya raya..harta berjuta..Kapal dilaut gedung didarat...jadi setiap kali harga barang naik..maka kesan kepada EKO NO MONEY abelee akan bertambahlah menjunam ibarat PENERJUN PAPAN ANJAL...BLUSHhhhhhhHHHHhh...jatuh kedasar.

Akhirkata...nak cerita panjang2 sangat pasai BUDGET 2014..abelee bukanlah pakar...so cukuplah sekadar gambaran kasar kepada segelintir perasaan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah seperti abelee..akan terus bangun bergelut untuk mencari sesuap nasi..walaupun dulu harga nasi berlauk sarapan pagi cuma 50 sen berbanding sekarang harga nasi berlauk pagi beharga RM2.50...dan harga esok hari belum tentu lagi... banyak lagi perumpamaan2 yang sebenarnya hendak abelee kemukakan..tapi cukuplah sekadar melepaskan sedikit rasa hati buat santapan minda dihari ini.

Sekian AND jangan marah...kerana ANDA adalah RAKYAT MALAYSIA yang SABAR...kerana dalam budget 2014, PM kita dah berkata " Kurangkan MANIS dalam makanan dan minuman..tambahkan MANIS dalam SENYUMAN "...lebih kurang itu macam lar....hahahahaha....

Wa cau dulu...sebelum lebih merapu...

Abelee


Thursday, October 24, 2013

MINAT SAMA MATLAMAT BERBEZA

Hari ini abelee ingin menjemput rakan2,sahabat2,adik2,abang2,kakak2,ibu2,bapak2 dan segala macam manusia untuk sama2 berkongsi minat yang sama iaitu seni lukisan untuk turut sama bersatu berkongsi info2 ,perkembangan terkini,pengalaman dan sebagainya untuk sama2 mengembangkan bakat kurniaan Allah SWT. Sama2 kita cari,terokai dan mengali ilmu yang tiada had sempadannya demi kebaikan bukanlah bertujuan untuk bermegah2 dan menunjuk2. Semuga Ilmu Seni Lukis ini mampu di manafaatkan bersama demi mengangkat martabat seni lukis negara ke seluruh dunia .

Anda juga boleh menyertai kami melalui GROUP FACEBOOK PAK ALI DAN BUDI FC iaitu di https://www.facebook.com/groups/PakalidanBudi/ . Sekiranya anda ada bakat melukis..jom sama2 kita kongsikan disana..dan sekiranya anda mempunyai sebarang info2 menarik berkenaan lukisan kartun,karikatur,animasi dan sebagainya..jangan malu dan segan..teruslah postkan disana untuk sama2 kita kongsi2kan.. mungkin dengan cara ini..akan dapat menyatukan MINAT yang sama walaupun mungkin MATLAMATnya berbeza2.

Sekian, terima kasih.

PAK ALI DAN BUDI



Hari ini bermulalah  blog bagi memberikan info2 terkini serta perkembangan2 semasa pembikinan ANIMASI PAK ALI DAN BUDI .Semuga selepas ini dapatlah sama2 berkongsi pandangan dan perkembangan2 menarik berkenaan animasi yang secara tidak langsung akan dapat mengembangkan daya pemikiran kreatif bagi memberikan hasil yang terbaik untuk dunia animasi PAK ALI DAN BUDI.


Dalam dunia yang semakin berkembang pesat dengan teknologi2 terkini dan canggih manggih, tentunya memberi cabaran hebat untuk kita turut serta meneroka sejauh mungkin dalam merealisasikan imiginasi dan daya kreatif kita.Ianya bukanlah semudah ucapan lidah..bahkan ianya memerlukan usaha berterusan,kerja keras,kesungguhan ,wang ringgit dan ilmu. Cabaran inilah yang membuatkan abelee semakin hari semakin berani untuk terus mencuba walaupun menerima kritikan membina dan membinasa..namun tekad dan keazaman untuk melihat segala watak imiginasi kita bergerak2,menari2 dihadapan tontonan segala jenis manusia membuatkan kadangkala abelee  lupa tentang cabaran yang begitu getir dan sengit menanti di hadapan.

Semuga dengan adanya BLOG PAK ALI DAN BUDI ini akan lebih memberikan impak postif kearah mengumpulkan rakan2 dan peminat yang ingin terus melihat PAK ALI dan BUDI terus hidup mewarnai dunia animasi kartun di MALAYSIA.

sekian...terima kasih.