MENTAL PELUKIS MESTI KUAT
Kebanyakkan pelukis tidak dapat melangkah lebih jauh dalam mengharungi dunia seni lukis yang penuh cabaran dan rintangan.Salah satu faktornya adalah kerana pelukis pada awalnya dibesarkan dengan kata-kata pujian ketika mereka mula melukis.Perkataan pandai, lawa,dan segala bentuk pujian tertanam dalam minda dan diri sehingga menimbulkan rasa kelebihan diri lebih besar berbanding orang lain yang tak pandai melukis. Tapi setelah semakin lama mereka bergiat dalam melukis dan ketika mereka mula berada dalam kelompok pelukis pelukis yang jauh lebih hebat dari dirinya, maka kata-kata pujian itu semakin hilang dan di ganti dengan komen-komen yang mampu meruntuhkan semangat yang akhirnya memupuk satu perasaan rasa rendah diri dan putus asa. Kesannya, pelukis itu mula merasa tekanan,bosan dan akhirnya tidak lagi meneruskan usaha untuk memajukan diri dalam dunia seni lukis.